PAS telah diluluskan pendaftarannya pada hari ini 31 Mei 1955M, setelah ditubuhkan secara rasmi pada 24 Nov 1951. Layari http://tvpakatanrakyat.blogspot.com/2009/04/sejarah-penubuhan-pas.html untuk maklumat lanjut.
Di Konstantinapole, Sultan Muhammad Al-Fateh dari Kerajaan Uthmaniah telah berjaya menawan kota yang kita kenali sebagai Istanbul sekarang, pada 29 Mei 1453M setelah memulakan peperangan pada 5 April 1453M.
Ironi kedua-dua peristiwa ini merupakan 'PEMBUKAAN' (Al-Fateh) kepada lembaran baru perjuangan Islam di wilayah Timur Tengah dan Nusantara Melayu khususnya Malaysia. Kewujudan PAS sebagai wadah perjuangan menegakkan Ad-Dinul Islam yang di Redhai Allah swt, mestilah didokong oleh segenap lapisan makhluk Allah di muka bumi Malaysia bagi memastikan kecelaruan sebagaimana kini tidak berlarutan dan berpanjangan. Lihatlah Perlembagaan PAS Fasal 3,4 dan 5 di http://www.digitalibrary.my/index.php?option=com_content&view=article&id=765:perlembagaan-pas-2002&catid=14:party-constitutions
Semoga bulan Mei di tahun mendatang akan menjadikan PAS sebagai pemimpin perjuangan ke arah bumi Malaysia yang betul-betul Merdeka sebagai Hamba Allah.
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment